Assalamualaikum

Selamat datang kepada semua pelawat blog ini. Saya menerima tempahan menjahit sulaman manik dan labuci daripada seluruh Malaysia terutamanya Utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Perlis, termasuk Sabah dan Sarawak. Sila rujuk HOW TO ORDER? dan TERMA DAN SYARAT untuk maklumat lanjut.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya Rubiah di 012-5986140 atau emel rubyfav@gmail.com.

Showing posts with label manik. Show all posts
Showing posts with label manik. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

Manik Tak Tabur

Salam,

Iya seperti yang dilihat..ini bukan manik tabur..tetapi disusun dengan penuh hati2..hihi..blouse ni sendiri bikin...so takla cantik..kain kosong je..teringinla nk bg nampak macam beli kat kedai..kikiki..ni 1st time cuba jahit manik macam ni..so nak bagi nama design pun taktau..

Layan gamba je la ye.




Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Thursday, July 1, 2010

Terharu..

Salam,

Gerak gempur menjahit manik sudah bermula..maka akan bz lah diri ku sehingga raya ni..baju raya sendiri pun takdak lagi...alamat xde manikla baju aku nanti...biasela tukang jahit..bj sendiri dikemudiankan...customer 1st..

Semalam dapat sms dr orang KL...nak menempah manik tabur untuk 8 pasang baju..perghh tak pernah aku dpt tempahan sebanyak ini..sebelum ni max 4 je..thanks to Elly yang percaya kat saya untuk menjahit baju2 bridesmaidnya...dan nasib baik nak dipakai selepas raya...nun oktober nanti...

Macam ni lah jahit manik...bermusim...time banyak, banyakla...time xde tu, xde langsung...ikut rezekila...apa2pun aku bersyukur...

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Tuesday, June 23, 2009

Baju Adik (saje2)

Salam,

Baju adik lagi...




















Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Wednesday, April 22, 2009

Simple Embroidery for Mak

Salam semua,

Hari tu adik balik kampung untuk menguruskan urusan kawinnya. Mak aku pass baju kat dia untuk aku jahit manik. Baju ni akan dipakai ke kenduri adik kat Ganu, belah lelaki nanti.

Designnya simple jek. Material pun aku guna yang ringan2 je. Biasala orang2 lama ni nak yang simple jek. Tapi alang2 jahit manik biarla nampak sikit kan? So aku buatla bunga2 labuci kat baju ni. Bunga lili kot..hihi..nama bunga tu tak sure sangat...







Actually design ni dicilok dari beader lain...tapi tak ingat sapa ek....?aku ni asyik cilok je...bilala nak hasilkan design sendiri..hihi.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Wednesday, April 8, 2009

Baju sendiri lagi daa....

Salam semua,

Ni lagi satu koleksi baju sendiri. Baju ni aku jahit sendiri selepas grad blaja jahit baju kurung..hihi..kira baju kedua la lepas baju kain kosong yang aku jahit manik pada entry sebelum ni..

Baju ni nak pakai time adik kawin nanti. So mestila nak manik gak. Kali ni aku pakai baki2 manik yang dah sedia ada dalam stok aku sebelum ni.

Kalau diikutkan, aku ni suka guna bahan yang berlainan setiap kali jahit manik. Kali ni aku guna manik beras untuk buat bunga. Amacam ok tak? mula2 macam pelik je..tapi dah buat teruskan je la..adik aku cakap macam spider web..hihi..ye ke?

Sila lihat gambar ye...aku jahit kat tangan je..



Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Tuesday, March 24, 2009

Mencabarnya!!!!!

Salam semua,
Minggu lepas aku didatangani ex-housemate adik. Nak tempah manik le. Mestila aku ok je. Bisnes masuk mestila suka kan?
Malam tu (rabu kalau tak silap) Yan datang dengan "kawan"nya. Taraaaa...dia bawak baju untuk satu majlis penting. Tapi dia macam nak berahsia. Takpela. Itu hak dia. Tapi aku n adik aku bajet tu baju tunang..hihi..sori Yan...
Skali dia kuarkan baju tu dari plastik (supik gelenya in bhs kelantan), merah makngah. Kain tu punyala nipis sampai tembus segala2nya. Chiffon yang dibuat ala2 baju kurung moden. Dalamnya dia buat dress dari satin..cantiikk. Sambil belek2 baju tu terpikir, camnala nak jahit manik kat kain ni...serammmm...
Yan menyerahkan bulat2 pada aku untuk memanikkan baju dia. Tu lagi pening. Walaupun berpeluang meluaskan skill, tapi kalau dah kain jenis ni poning eden. Korang tengokla sendiri baju si Yan ni...

Amacam? ada idea tak? tapi dah terlambat...aku dah jahit manik dah di saat blog ini ditulis. Tapi sebelum jahit tu aku adela mintak pandangan beader2 pro yang lain macam pepari dan glamstarz. Diorang sure slalu dapat kain camni.
Actually mula2 Yan nak baju ni siap hari kamis. So aku pikir seminggu okla nak siap. Tup2 si Yan nak hari ni, malam dia nak amik. Dahla aku beli manik hari Sabtu, lepas beli terus cargas jahit. Oleh kerana tak sempat tunggu balasan emel dari orang2 yang aku bertanya, dengan masa yang suntuk, aku buat keputusan nak buat satu design...adik, rahsia ye?hihi...
Tak penah lagi aku sakit2 badan jahit manik. Ni 1st time...memang rasa nak pegi mengurut je. Punyala pulun sampai bawak gi ofis..hihi...pedulik hapa diorang...pandai2la aku uruskan keje sendiri, kan?
Baju si Yan ni dah siap tengahari tadi waktu lunch, apa lagi, siapkan kat ofisla..hihi..lega..tapi hati ni berdebar2 nak menyerahkan baju ni. Kot2la si Yan tak suka ke...maklumla design dia suruh buat ikut kekreatifan aku (cheewah kreatif ke aku ni?) huuuu penat jahit tau...
Esok la aku upload gamba baju yang dah siap tu ye? Malam ni nak tido awal, cover tido 2 malam yang tak berapa nyenyak. (mesti hubby I pikir, "ye ke tak nyenyak?")..hihi. Tapi sejak Sabtu lepas memang aku full time layan jahit manik je. Segala kerja rumah diabaikan. Aii masak tu masakla...makan tetap makan. Nanti tangan ketaq nak pegang jarum..haha.Malam ni kena service satu rumahla nampaknya..
Okla, panjang dah meraban ni...esok jumpa lagi.
(malula plak nak upload gamba..hihi)
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Tuesday, December 30, 2008

Pertunangan Adikku

Salam semua,

Pada tanggal 27hb dec 08 yang lepas adalah tarikh pertunangan adikku...seperti yang aku mention dalam post yang lepas, aku telah dipertanggungjawabkan untuk 'menyerikan' bajunya untuk hari bersejarah itu...apa lagi...dengan manik2 la..hihi

Actually baju tu memang susah nak diserikan sebab dah berseri..tengokla gamba bawah ni..



Bahagian yang ditambah manik adalah hujung tangan, dada (ala2 rantai) and bawah baju. Selebihnya memang dah ada kat kain tu masa beli..tapi lupa lak nak close up...nantila aku snap di kemudian hari dan post kat sini..ok?untuk tengok gambar di hari pertunangan, sila layari blog empunya diri di http://ciareadventurelife.blogspot.com/ ...

Kepada sesiapa yang nak komen silakan..

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Friday, December 12, 2008

Projek Terbaru dan Terpaling Mencabar

Hai semua,

Skali skala nak mencoret2 jugak..hihi..takkan asyik tunjuk peten manik je kan?

Semalam aku telah diberi kepercayaan oleh adik aku yang akan bertunang hujung bulan ni untuk memeriahkan baju tunang dia...kaler pink gitew...memang favorite dia..

Baju tu sebenarnya bagi aku dah meriah...berbanding baju tunang aku dulu...baju adik aku ni dah ade labuci dan sulam corak awan larat...memang dah full bangat sampai aku pening nak buat macam mana..husband pun tumpang pening..hihi..sian dia..semua idea dia aku tolak..

Ermm terlupa pulak nk ambik gamba..nanti bile dah settle aku attachkan di blog ni...idea dah ade...tp takut gak kalau x sesuai..betulla kata beaders2 professional di blog diorg...baju yang dah bercorak memang susah sikit untuk di'manikkan'. Kalau bagi baju kosong senang skt...senang mencurahkan idea..

Apa2pun aku sahut cabaran ini...semoga aku berjaya..

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Tuesday, December 2, 2008

Blog Manik

Salam semua,

Ini entry pertama untuk bisnes pertamaku..bisnes manik2..hihi..harap ramai yang singgah untuk menjenguk2 hasil kerja saya yang tak seberapa ni dan memberi sebarang komen atau respon, maklumla baru berjinak2 setelah memendam minat sekian lama, pattern pun baru tau yang simple2 je. So bagi sesiapa yang takut2 untuk cuba memanikkan baju tu bolehla try. Kepuasan customer adalah keutamaan..thanks..