Assalamualaikum

Selamat datang kepada semua pelawat blog ini. Saya menerima tempahan menjahit sulaman manik dan labuci daripada seluruh Malaysia terutamanya Utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Perlis, termasuk Sabah dan Sarawak. Sila rujuk HOW TO ORDER? dan TERMA DAN SYARAT untuk maklumat lanjut.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya Rubiah di 012-5986140 atau emel rubyfav@gmail.com.

Tuesday, March 24, 2009

Mencabarnya!!!!!

Salam semua,
Minggu lepas aku didatangani ex-housemate adik. Nak tempah manik le. Mestila aku ok je. Bisnes masuk mestila suka kan?
Malam tu (rabu kalau tak silap) Yan datang dengan "kawan"nya. Taraaaa...dia bawak baju untuk satu majlis penting. Tapi dia macam nak berahsia. Takpela. Itu hak dia. Tapi aku n adik aku bajet tu baju tunang..hihi..sori Yan...
Skali dia kuarkan baju tu dari plastik (supik gelenya in bhs kelantan), merah makngah. Kain tu punyala nipis sampai tembus segala2nya. Chiffon yang dibuat ala2 baju kurung moden. Dalamnya dia buat dress dari satin..cantiikk. Sambil belek2 baju tu terpikir, camnala nak jahit manik kat kain ni...serammmm...
Yan menyerahkan bulat2 pada aku untuk memanikkan baju dia. Tu lagi pening. Walaupun berpeluang meluaskan skill, tapi kalau dah kain jenis ni poning eden. Korang tengokla sendiri baju si Yan ni...

Amacam? ada idea tak? tapi dah terlambat...aku dah jahit manik dah di saat blog ini ditulis. Tapi sebelum jahit tu aku adela mintak pandangan beader2 pro yang lain macam pepari dan glamstarz. Diorang sure slalu dapat kain camni.
Actually mula2 Yan nak baju ni siap hari kamis. So aku pikir seminggu okla nak siap. Tup2 si Yan nak hari ni, malam dia nak amik. Dahla aku beli manik hari Sabtu, lepas beli terus cargas jahit. Oleh kerana tak sempat tunggu balasan emel dari orang2 yang aku bertanya, dengan masa yang suntuk, aku buat keputusan nak buat satu design...adik, rahsia ye?hihi...
Tak penah lagi aku sakit2 badan jahit manik. Ni 1st time...memang rasa nak pegi mengurut je. Punyala pulun sampai bawak gi ofis..hihi...pedulik hapa diorang...pandai2la aku uruskan keje sendiri, kan?
Baju si Yan ni dah siap tengahari tadi waktu lunch, apa lagi, siapkan kat ofisla..hihi..lega..tapi hati ni berdebar2 nak menyerahkan baju ni. Kot2la si Yan tak suka ke...maklumla design dia suruh buat ikut kekreatifan aku (cheewah kreatif ke aku ni?) huuuu penat jahit tau...
Esok la aku upload gamba baju yang dah siap tu ye? Malam ni nak tido awal, cover tido 2 malam yang tak berapa nyenyak. (mesti hubby I pikir, "ye ke tak nyenyak?")..hihi. Tapi sejak Sabtu lepas memang aku full time layan jahit manik je. Segala kerja rumah diabaikan. Aii masak tu masakla...makan tetap makan. Nanti tangan ketaq nak pegang jarum..haha.Malam ni kena service satu rumahla nampaknya..
Okla, panjang dah meraban ni...esok jumpa lagi.
(malula plak nak upload gamba..hihi)
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

4 comments:

ciare (^_^)v said...

pheeewwwiiiitttt ^____________^

PuanKayangan said...

jgn lupa ambik gambo baju nie sebelum jahit dan sesudah di jahit
Meletop beb. Anyway. Tahniah sis. Good job & good design.

Ruby said...

ciare >> auwwwwww

Ruby said...

puankayangan >> dont worry kak, dah tangkap gambo, tapi macam segan lak nak upload.macam tak cukup lawo je..huuuuuuuuuu