Assalamualaikum

Selamat datang kepada semua pelawat blog ini. Saya menerima tempahan menjahit sulaman manik dan labuci daripada seluruh Malaysia terutamanya Utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Perlis, termasuk Sabah dan Sarawak. Sila rujuk HOW TO ORDER? dan TERMA DAN SYARAT untuk maklumat lanjut.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya Rubiah di 012-5986140 atau emel rubyfav@gmail.com.

Tuesday, April 21, 2009

Baju Ayu - Coklat

Salam semua,

Baju kali ni dihantar oleh member lama, dari sekolah menengah dulu. Ayu namanya, seayu orangnya..hihi..kami jumpa kat Medan Mara, pastu dia blanja aku and hubby makan...sedap sup kat situ...pure sup utara...

Ayu hanta 2 helai baju. Salah satunya baju coklat ni. Asalnya dia nak menghapuskan "mutiara"2 yang dia bubuh sebelum ni. Kat bahagian tangan. Alaaa yang jenis boleh buat sendiri guna iron tu. Dia suruh aku pandai2 buat macam mana nak buang benda tu. Tapi aku ni tak pandai rupanya. Aku cungkil sampai tertarik kain tu. Jahanam pulak baju member aku ni nanti. So aku decide biar je batu2 tu dan aku overlap je dengan bunga2 labuci. Hasilnya, kat bahagian tangan tu simple jela.

Actually baju ni tak sampai lagi ke tangan Ayu, di saat entry ni ditulis. Sebab takde peluang lagi nak jumpa dia. Tapi aku dah emel gamba2 ni tunjuk kat dia. At least dia jadi orang pertama tengok gamba ni. Sebab selama ni style aku, aku akan pulangkan baju dulu baru upload ke blog ni. Tapi oleh kerana tuan baju yang tanya, bila nak masuk blog? aku dengan cargasla upload..hihi..yang penting Ayu dah tengok dan dia dah izinkan aku upload...tak gitu?

Sesungguhnya aku memang enjoy jahit baju sebab kainnya tak banyak songeh..hihi..kalau kain lembut, licin dan nipis tu, lemah semangat aku nak jahit. Aku harap Ayu berpuas hati dengan design aku yang merapu ni. Design yang pelik, tapi benar..hihi..








Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

No comments: