Assalamualaikum

Selamat datang kepada semua pelawat blog ini. Saya menerima tempahan menjahit sulaman manik dan labuci daripada seluruh Malaysia terutamanya Utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Perlis, termasuk Sabah dan Sarawak. Sila rujuk HOW TO ORDER? dan TERMA DAN SYARAT untuk maklumat lanjut.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya Rubiah di 012-5986140 atau emel rubyfav@gmail.com.

Thursday, March 26, 2009

Baju Yan

Salam semua,

Semalam tak sempat nk upload gamba, ada emergency sikit. Malam lak pegi tengok wayang..hihi..cite The Race to Witch Mountain...best gak...

Okla seperti yang dijanjikan, gamba baju si Yan telah diupload. Komenla sikit ye. Sememangnya jahit baju ni amat mencabar pada beader yang kurang berpengalaman macam aku ni.. Takut ada, blur ada, ketandusan idea pun ada. Macam2 perasaanla senang cite.

Baju ni Yan request dimanikkan kat bahagian leher, tangan dan depan baju. Aku jahit start Sabtu malam sampai Selasa tengahari. Ok tak? Sakit badan ni baru nak recover sikit2. Nasib baik husband sudi urut. Lega sikit.

Menurut Glamstarz, kain macam ni tak boleh manik banyak2. Tapi masa tu aku dah start jahit bahagian depan tu. Kira terlambat sikit aku terima tips tu, kena gak go on. Kalau bukak jahitan kang confirm rosak kain. So beginilah hasilnya..




Serabutnya depan baju tu kan?


Tengkuk design biase je.


Ni close up paten depan tu...

Tangan pun design biase2 je. Tak tau bunga tu nama apa. Korang nampak tak benang merah2 belakang tu? nipis giler beb kainnye.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Tuesday, March 24, 2009

Mencabarnya!!!!!

Salam semua,
Minggu lepas aku didatangani ex-housemate adik. Nak tempah manik le. Mestila aku ok je. Bisnes masuk mestila suka kan?
Malam tu (rabu kalau tak silap) Yan datang dengan "kawan"nya. Taraaaa...dia bawak baju untuk satu majlis penting. Tapi dia macam nak berahsia. Takpela. Itu hak dia. Tapi aku n adik aku bajet tu baju tunang..hihi..sori Yan...
Skali dia kuarkan baju tu dari plastik (supik gelenya in bhs kelantan), merah makngah. Kain tu punyala nipis sampai tembus segala2nya. Chiffon yang dibuat ala2 baju kurung moden. Dalamnya dia buat dress dari satin..cantiikk. Sambil belek2 baju tu terpikir, camnala nak jahit manik kat kain ni...serammmm...
Yan menyerahkan bulat2 pada aku untuk memanikkan baju dia. Tu lagi pening. Walaupun berpeluang meluaskan skill, tapi kalau dah kain jenis ni poning eden. Korang tengokla sendiri baju si Yan ni...

Amacam? ada idea tak? tapi dah terlambat...aku dah jahit manik dah di saat blog ini ditulis. Tapi sebelum jahit tu aku adela mintak pandangan beader2 pro yang lain macam pepari dan glamstarz. Diorang sure slalu dapat kain camni.
Actually mula2 Yan nak baju ni siap hari kamis. So aku pikir seminggu okla nak siap. Tup2 si Yan nak hari ni, malam dia nak amik. Dahla aku beli manik hari Sabtu, lepas beli terus cargas jahit. Oleh kerana tak sempat tunggu balasan emel dari orang2 yang aku bertanya, dengan masa yang suntuk, aku buat keputusan nak buat satu design...adik, rahsia ye?hihi...
Tak penah lagi aku sakit2 badan jahit manik. Ni 1st time...memang rasa nak pegi mengurut je. Punyala pulun sampai bawak gi ofis..hihi...pedulik hapa diorang...pandai2la aku uruskan keje sendiri, kan?
Baju si Yan ni dah siap tengahari tadi waktu lunch, apa lagi, siapkan kat ofisla..hihi..lega..tapi hati ni berdebar2 nak menyerahkan baju ni. Kot2la si Yan tak suka ke...maklumla design dia suruh buat ikut kekreatifan aku (cheewah kreatif ke aku ni?) huuuu penat jahit tau...
Esok la aku upload gamba baju yang dah siap tu ye? Malam ni nak tido awal, cover tido 2 malam yang tak berapa nyenyak. (mesti hubby I pikir, "ye ke tak nyenyak?")..hihi. Tapi sejak Sabtu lepas memang aku full time layan jahit manik je. Segala kerja rumah diabaikan. Aii masak tu masakla...makan tetap makan. Nanti tangan ketaq nak pegang jarum..haha.Malam ni kena service satu rumahla nampaknya..
Okla, panjang dah meraban ni...esok jumpa lagi.
(malula plak nak upload gamba..hihi)
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Friday, March 20, 2009

Baju dari Ila Seremban lagi...

Salam semua,

Nampaknya aku dah dapat sorang pelanggan tetap..hihi..Ila dari Seremban ni...ni dah 2 kali dia anto baju...tapi kali ni baju makciknya katanya...kaler biru yang amat ceria...

Dia request paten yang sama mcm sebelum ni..bunga2 adik..tapi aku mintak izin nak buat kelainan skit..corak yang lebih kurang dengan bunga2 adik...cuma teknik je lain...aku memang dah lama kepingin nak buat daun paku pakis ni...so bunganya pun mestilah guna teknik yang sama kan?itu pendapat akula...



Baju ni dah sampai ke tangan tuannya. Alhamdulillah dia suka... Ila kata dia nak paten ni kat baju dia pulak...hihi...

Saja nak share..antara manik yang digunakan....











Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Friday, March 6, 2009

Thanks to Ila dari Seremban

Ila seremban: salam kak ruby
Ila seremban: ila dah dapat baju tu
Ila seremban: cantik sangat2 lah
Ila seremban: puas hati giler...
Ila seremban: terima kasih banyak2 ye kak
Ila seremban: nanti ila tempah lagi


Salam semua,

Tadi lepas balik lunch, ngadap je notebook nampak satu window kecik ym dari Ila...msj spt di atas..kembang giler..lega customer puas hati dengan hasil kerja kita..rasa berbaloi usaha..dan yang paling best ayat last tu..nak tempah lagi..hihi..

Ila pilih paten yang aku post sblm ni...Bunga2 Adik...thanks to adik sebab benarkan aku buat paten tu kat baju dia sebagai percubaan...sronok betul akhirnya menjadi..dan ramai juga yang bertanya dan suka dengan paten ni. And thanks to Ila sebab sudi menempah..Ila ni customer by post aku yang 1st tau..

Oklah..jom layan gambar...memang aku kekalkan semua ciri dari paten asal supaya takla customer argue nanti plak kan..yang lain cuma kaler bunga besar tu (pink gelap skt) dan putik bunga bby daisy tu (teka di mana?hihi)..









Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.
Posted by Picasa