Assalamualaikum

Selamat datang kepada semua pelawat blog ini. Saya menerima tempahan menjahit sulaman manik dan labuci daripada seluruh Malaysia terutamanya Utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Perlis, termasuk Sabah dan Sarawak. Sila rujuk HOW TO ORDER? dan TERMA DAN SYARAT untuk maklumat lanjut.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya Rubiah di 012-5986140 atau emel rubyfav@gmail.com.

Monday, September 28, 2009

Raya Collection - Manik Sunshine

Salam,

Ni baju Adah, dia bagi contoh dari website Ladybeads....so aku tiru je la..aku namakan paten ni sunshine sbb bunga tengah tu macam matahari gitu....hahaha suka hati aku je...








Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Raya Collection - Manik Lalang Green Garden

Salam,

Ni baju ke-2 dari Adah, still baju kakak dia....request for something yang ala2 manik lalang....tapi aku ubah bunga dengan dahlia...







Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Raya Collection - Manik Crumble for Purple Kurung

Salam semua,

Lama betul blog ni ditinggalkan. Ramadhan lepas mmg busy sangat dengan tempahan manik. Maklumlah baru first time ambil tempahan untuk raya. Kecoh sikitla untuk nak bajet nak ambil tempahan banyak mana, nak tutup tempahan bila la..pening gakla time tu..nasib baik akhirnya berjaya gak aku siapkan semua tempahan. Tapi yang sedihnya ada gak tempahan yang terpaksa ditolak sebab dah last minit sangat. Kalau customer dekat2 ok lagi, tapi customer pos aku tak berani nak ambik...mintak maaf banyak2 kepada yang berkenaan...mungkin lain kali kita berurusan ye..

Okla, berbalik pada entry ni...baju ni dari Adah, memberku. Tapi ni baju kakak dia. Dia request crumble kat tangan dan kaki baju...







Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Sunday, August 23, 2009

Selamat menyambut Ramadhan...

Salam,

Selamat berpuasa semua...sesungguhnya bulan Ramadhan memang membawa rezeki...

Bulan ni tempahan manik banyakla skt dari biasa..hihi..Syukur Alhamdulillah..dijangka aku akan bz sampai hujung Ramadhan dengan aktiviti menjahit, jual Bio Aura dan juga tolong mertua dengan gerai bazaar Ramadhannya (jual baju2)....Tempahan ni aku rasa nak tutup dah, tp kdg2 ada gak yang tanya, kesian la pulok orang dah percaya kat kita...aku ni pulak tak reti nak bajet siap bape lama...kang tak sempat siap marah lak customer kan...eee peningla...bagi pelanggan pos aku rasa kena tutup tempahanla...kalau yang dekat2 ni ok lagi kot...husband pun kata orang office dia nak hanta baju...dia plak dah kata OK...so ok jela..hihi..

So bulan ni takkan ada entry manik baru...baju2 yang siap akan diambil gamba je yang sempat..upload lepas raya la ye...maklumla nk upload gamba lembap giler streamyx ni...buang masa je, kalau jahit manik dah dpt satu tangan..hihi..

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Thursday, August 6, 2009

Manik Crumble for me

Salam,

Lepas buat crumble untuk Ila, teringin lak nak buat untuk diri sendiri..ternyata fun sangat buat paten ni..

Cara aku buat, mulakan dengan manik besar2, tabur jauh2, lepas tu separa besar, lepas tu baru buboh yang kecik2 untuk mengisi ruang2 kosong...hihi..kepada sesiapa berminat, cubalah...










Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Sunday, July 26, 2009

Baju Ila - Manik Crumble dan Taburan Bunga

Salam,

Baju ni milik pelanggan setiaku, Ila dari Seremban....dia request crumble kat leher dan ikut corak bunga depan baju tu. Baju ni kain shifon...nipis je...harap Ila berpuas hati....














Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Baju Karen - Manik Pintalan 3 Layer

Salam,

Ya ampun, betapa malasnya aku kebelakangan ni. Maksud aku bab2 update blog ni...kamera lak rosak, tangkap gamba guna phone husband je.Kualiti gamba memang kureng. Lagila aku tak bersemangat nak ambik gamba manik yang aku jahit. Tapi Alhamdulillah skang kamera dah ok. So semangat naik balik..hihihi..

Apa pun entry kali ni still guna phone husband. Baju ni milik Karen..all the way from Sarawak..terharu beb..orang jauh sudi tempah manik kat aku....dah jenuh aku edit gamba ni bagi nampak berseri skit..tapi nampaknya tak berjaya...Karen request pintalan 3 Layer....dia bagi contoh....






Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Thursday, July 2, 2009

Baju Makcik Ina - Manik Pintalan 2 layer

Salam,

Baju ke-2 makcik Ina, aku buat paten Pintalan 2 layer....




Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Baju Makcik Ina - Manik Beriring 2 Layer

Salam,

Ni baju makcik Ina. Dia nak yang macam line je katanya...so aku buatla beriring 2 leyer ni..harap dia puas hati....





Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Baju Ina - paten bebas

Salam semua,

Sejak pindah ni, asyik malas je nak update blog...ammpunnn....punyala malas sampai lupa ada gamba yang belum diupload...latest baju Ina, yang dah dipulangkan minggu lepas...Ina hanta 3 helai baju...1 baju dia, 2 helai lagi baju makciknya...entry baju Ina sendiri....paten dia serah pada aku, so aku cubala paten ni....mintak maap gamba kurang kualiti, guna henpon hubby jek...


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.