Assalamualaikum

Selamat datang kepada semua pelawat blog ini. Saya menerima tempahan menjahit sulaman manik dan labuci daripada seluruh Malaysia terutamanya Utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Perlis, termasuk Sabah dan Sarawak. Sila rujuk HOW TO ORDER? dan TERMA DAN SYARAT untuk maklumat lanjut.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya Rubiah di 012-5986140 atau emel rubyfav@gmail.com.

Tuesday, October 18, 2011

Soalan2 pelik...

Salam,

Sejak kebelakangan ni saya banyak dpt sms/call/emel bertanyakan psl harga saya jahit manik..ingatkan nak tempah..rupanya beader lain yang nak compare harga...emmm...apakah motif di situ?nak tiru harga I ke?ke nak cantas?ishk3..tak baik bersangka buruk Rubi...

Jugak, saya ada dpt sms/call/emel bertanyakan psl kelas jahit manik...katanya, diorang dapat nombor saya di internet, tapi selalu lupa nak tanya website apa?kat blog saya ni memang tak pernah mengwarwarkan pasal kelas jahit manik, kan?

Jugak, ramai yang tanya macam mana nak jahit crumble...emmm..tu yang paling susah sebab saya ni spesis yang susah nak explain something kat orang..dalam erti kata lain takde skill ngajo...maka saya just bagitau seadanya...saya sendiri pun takde berguru dengan sapa2 kecuali buku sifu Rosita Jaafar...selebihnya adalah mencuba2 di baju sendiri dan eksperimen sesuka hati...InsyaAllah...practise makes perfect kan?dan Alhamdulillah saya takla from zero, sebab saya sendiri memang dah biasa dengan benang dan jarum ni, so takla janggal sangat nak menyulam sebab dia ala2 menjahit gak.

Untuk makluman, crumble ni pengasasnya Pepari Design (sila search), memang design crumble dia lah yang saya buat rujukan (tiru) masa mula2 try crumble dulu, rasanya dia lagi layak bagi tutorial..emm setau saya dia memang ada buat kelas crumble..

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Jom buat duit melalui blog