Assalamualaikum

Selamat datang kepada semua pelawat blog ini. Saya menerima tempahan menjahit sulaman manik dan labuci daripada seluruh Malaysia terutamanya Utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Perlis, termasuk Sabah dan Sarawak. Sila rujuk HOW TO ORDER? dan TERMA DAN SYARAT untuk maklumat lanjut.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya Rubiah di 012-5986140 atau emel rubyfav@gmail.com.

Wednesday, April 29, 2009

Simple Manik Lalang for Mak Kak Meria

Salam semua,
Bulan 5-6 ni ramai yang buat kenduri kawin. Dan family aku tak berkecuali...

Tapi kisah baju ni bukan dari kalangan family aku. Ni baju mak Kak Meria, officemate aku. Actually ada kisah sedih di sebalik baju ni...huuuuuuuuu...

1st of all nak habaq baju ni kaler pink tau. Tapi tah napa bila snap kadang2 jadi kaler oren plak. Pencahayaan kot.

Kak Meria nak men'Datin'kan mak dia di kenduri adiknya kawin nanti, anak lelaki...Yelah takkan belah pempuan je nak grand kan? belah laki pun sure nak meriah gak. Kak Meria request peten yang simple..takut mak dia segan nak pakai katanya. Paham.... Yang best Kak Meria dah bagi contoh macam mana yang dia nak. Takdela aku pening nak buat kan. So aku ikut je la contoh tu. Contoh tu dari Msdnoraini @ Ladybeads. CREDIT TO LADYBEADS. Inilah hasilnya...















Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Wednesday, April 22, 2009

Simple Embroidery for Mak

Salam semua,

Hari tu adik balik kampung untuk menguruskan urusan kawinnya. Mak aku pass baju kat dia untuk aku jahit manik. Baju ni akan dipakai ke kenduri adik kat Ganu, belah lelaki nanti.

Designnya simple jek. Material pun aku guna yang ringan2 je. Biasala orang2 lama ni nak yang simple jek. Tapi alang2 jahit manik biarla nampak sikit kan? So aku buatla bunga2 labuci kat baju ni. Bunga lili kot..hihi..nama bunga tu tak sure sangat...







Actually design ni dicilok dari beader lain...tapi tak ingat sapa ek....?aku ni asyik cilok je...bilala nak hasilkan design sendiri..hihi.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Baju Si Pengapit - Ila Seremban

Terima Kasih Yang Tak Terhingga kepada Ila.....

Salam semua,

Aku happy sangat. Sebab aku ada pelanggan tetap. Maksudnya, dia sangat berpuas hati dengan hasil jahitan aku. Adakah maksudnya jahitan aku ok? harap2 begitulah.....

Sekali lagi ila hantar baju kat aku...so ni 3rd time la dia hanta. Baju kali ni special sebab dia akan jadi pengapit pengantin...errr..tak ingat sapa yang kawin...Ila ada bagitau hari tu..Kali ni Ila request kat bahagian tangan dan leher ke dada. Nak grand sikitla kan jadi pengapit. Hope ila glamour kat majlis tu nanti...

Actually patennya ni Ila request macam yang aku jahit kat makcik dia. Yang guna teknik pakis tu. Cuma lain sikitla kerawang2nya. Baby daisy still digunakan sebagai putik bunga.. hihi.. favourite i......














Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Tuesday, April 21, 2009

Baju Ayu - Merah

Salam semua,

Ni baju kedua memberku, Ayu. Baju ni dia request simple je kat tangan. Untuk pakai hari biasa2 kot. Baju coklat sebelum ni dia nak melaram gi kenduri kawin member katanya..hihi..

So aku proposala design Beriring 2 Layer ni...harap dia suka...tak banyak aku nak coret kat entry ni sebab aku dah merapu banyak kat entry sebelum ni...happy viewing..






Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Baju Ayu - Coklat

Salam semua,

Baju kali ni dihantar oleh member lama, dari sekolah menengah dulu. Ayu namanya, seayu orangnya..hihi..kami jumpa kat Medan Mara, pastu dia blanja aku and hubby makan...sedap sup kat situ...pure sup utara...

Ayu hanta 2 helai baju. Salah satunya baju coklat ni. Asalnya dia nak menghapuskan "mutiara"2 yang dia bubuh sebelum ni. Kat bahagian tangan. Alaaa yang jenis boleh buat sendiri guna iron tu. Dia suruh aku pandai2 buat macam mana nak buang benda tu. Tapi aku ni tak pandai rupanya. Aku cungkil sampai tertarik kain tu. Jahanam pulak baju member aku ni nanti. So aku decide biar je batu2 tu dan aku overlap je dengan bunga2 labuci. Hasilnya, kat bahagian tangan tu simple jela.

Actually baju ni tak sampai lagi ke tangan Ayu, di saat entry ni ditulis. Sebab takde peluang lagi nak jumpa dia. Tapi aku dah emel gamba2 ni tunjuk kat dia. At least dia jadi orang pertama tengok gamba ni. Sebab selama ni style aku, aku akan pulangkan baju dulu baru upload ke blog ni. Tapi oleh kerana tuan baju yang tanya, bila nak masuk blog? aku dengan cargasla upload..hihi..yang penting Ayu dah tengok dan dia dah izinkan aku upload...tak gitu?

Sesungguhnya aku memang enjoy jahit baju sebab kainnya tak banyak songeh..hihi..kalau kain lembut, licin dan nipis tu, lemah semangat aku nak jahit. Aku harap Ayu berpuas hati dengan design aku yang merapu ni. Design yang pelik, tapi benar..hihi..








Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Wednesday, April 8, 2009

New Beading Gadget

Salam semua,

Aku ni kadang2 suka beli benda yang bukan2..hihi.. Terbaru ni aku beli meja kecik untuk menjahit manik. Actually meja ni serbaguna. Makan boleh atas katil ke atas sofa ke, guna laptop pun boleh. Tetiba aku dapat idea, sesuai bangat untuk jahit manik sebab aku ni suka jahit manik atas lantai depan TV. Takla bosan.





Inilah meja dudukku yang baru...best tak? Pada aku best sangat sebab takla sakit tengkuk kena tunduk2 ambil manik. Badan pun tak payah bongkok. Model tu adik aku yang menunjukkan saiz meja tu berbanding saiz manusia..haha..meja tu luas gak boleh letak macam2. Baju pun boleh.


Ni pulak aku saje gatal beli untuk tambah koleksi bekas2 manik. beli sampai 2..haha..tamak..

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Baju sendiri lagi daa....

Salam semua,

Ni lagi satu koleksi baju sendiri. Baju ni aku jahit sendiri selepas grad blaja jahit baju kurung..hihi..kira baju kedua la lepas baju kain kosong yang aku jahit manik pada entry sebelum ni..

Baju ni nak pakai time adik kawin nanti. So mestila nak manik gak. Kali ni aku pakai baki2 manik yang dah sedia ada dalam stok aku sebelum ni.

Kalau diikutkan, aku ni suka guna bahan yang berlainan setiap kali jahit manik. Kali ni aku guna manik beras untuk buat bunga. Amacam ok tak? mula2 macam pelik je..tapi dah buat teruskan je la..adik aku cakap macam spider web..hihi..ye ke?

Sila lihat gambar ye...aku jahit kat tangan je..



Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.

Monday, April 6, 2009

Baju sendiri daa.....

Salam semua,

Dah lama tak upload gamba rasanya...memang lama pun. Lepas jahit baju si Yan cuti panjang aku..hihi..

Actually macam2 berlaku dalam 2 minggu ni. Yang paling memberi efek adalah sebab hubby I kena transfer ke Kedah. So banyakla habiskan masa bersama. Bolehla tengok2 blog personal aku di http://rubybaharuddin.blogspot.com/ untuk tengok aktiviti kami..hihi. Macam2 urusan kena buat. Dan skang kami dok jauh2 sementara aku lak pindah sana...PJJ je la buat masa ni.

Lagi satu aku terpaksa menghabiskan kelas menjahit baju kurung aku sebelum pindah ni. So skang aku ni kira dah graduate la. Buat masa ni practice buat baju sendiri je dulu. Tak berani lagi nak ambil tempahan. Gamba hasil baju yang aku jahit ada di blog personal tadi...sudi2la jenguk ye..

Baju untuk post kali ini la baju yang aku buat masa blaja menjahit tu. Aku saja beli kain kosong sebab kempunan sangat nak jahit manik atas baju kosong. Tapi hasilnya takla seberapa. Ala kadar je. Buat grand2 kang bukannya aku slalu pegi majlis2 besar. Paling besar kenduri kawin je..hihi..

Oklah, layan je la gamba2 ni ye...



Atas: ni kat bahagian dada, ada bunga labuci dan selang seli dengan jurai.


Atas: ni bahagian dada gak, tadi bunga labuci, ni saiz kecil lak.


Atas: keseluruhan tangan dan depan baju, konsep sama je. Ada juga terselit labuci tabur.


Atas: Close up sket...
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya, Rubiah di rubyfav@gmail.com atau 012-5986140.